KELAB ORATOR UDM

DEBAT MENJANA MAHASISWA BERKETERAMPILAN

DEMAM DEBAT PIALA NC KE 2 BAKAL BERMULA…

Salam perdebatan..

Nampaknya demam Debat Piala NC yang Ke-2 bakal bermula, di mana pertandingan setiap tahun ini menjadi rebutan setiap fakulkti yang bertanding. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Setiap fakulti wajib menghantar penyertaan sebanyak 3 pasukan. Pertandingan Saringan akan bermula pada 13 & 14 Mac ini di blok A dan E. Pertandingan Debat Piala Naib Canselor ini adalah anjuran MPP UDM bersama dengan Kelab Orator UDM. Tahun lepas(2008) ,di pentas akhir telah menemukan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) sebagai kerajaan dan Fakulti Kontemporari Islam (FKI) sebagai pembangkang. Keputusan telah menyebelahi pihak pembangkang dimana usul “MISI NASIONAL TERAS MALAYSIA TERBILANG” telah DITOLAK dan Saudara Amar Arafat dari FUHA telah dinobatkan sebagai Pendebat TERBAIK . Adakah FKI akan mengulangi sejarah kemenangan mereka sekali lagi pada tahun ini?  Atau adakah FUHA akan bangun menebus kekalahan lepas? Mungkinkah FPPP @ FBK @ FBP @ FSIT yang akan mara ke pentas akhir? Segala persoalan akan terjawab nanti  pada 14 Mac 2009 (Sabtu) Pertandingan Akhir Piala NC Ke-2 bertempat di Perkarangan Cafe Baru dengan usul yang penuh kontroversi iaitu : “ KEMELUT POLITIK PERAK : ROBOHNYA KETUANAN MELAYU” Sama-samalah kita saksikan nanti.

~WASSALAM~

DEBAT : NADA KEYAKINAN NADI KEPIMPINAN

 

Advertisements

March 6, 2009 Posted by | ExcO 3P | Leave a comment

PERUBAHAN TARIKH PERJUMPAAN

PERHATIAN!!

Kepada semua ahli Kelab Orator Unit B.Melayu,tarikh perjumpaan telah bertukar pada hari AHAD dan  hari RABU30 malam. Tarikh ini berkuatkuasa pada bulan MAC.Sekian…..

Pertukaran tarikh,masa dan tempat adalah seperti berikut :

TARIKH      : SEPANJANG BULAN MAC

HARI           : SETIAP AHAD DAN RABU

MASA        : 9.00-11.00 MALAM

TEMPAT    : AHAD (GC 20) RABU (GA 07)

March 1, 2009 Posted by | AKTIVITI | Leave a comment

Mufti Kita, Apa Kuasanya

ahli jemaah mufti malaysia sudah menjadi satu ikon di mata rakyat dalam menentukan sesuatu perkara. dahulu kita pernah digemparkan dengan isu hukum rokok yang hanya beberapa mufti mengatakan haram. jemaah mufti sukar untuk menentukan satu keputusan yang ‘solid’ bagi menentukan hala tuju hukum tersebut dan untuk diamalkan di malaysia. tokoh mufti yang tegas seperti yang kita tahu Dato Harunsanni,mufti negeri perak. beliau dikenali dengan ketegasan dalam menentukan hukum. baru-baru ni sekali lagi mufti kita dikecam di atas teguran-teguran yang datang daripada beliau. isu perak yang telah melarat panjang, media pula tak habis-habis meletupkan apa yang sudah sedia panas. Dato Harunsanni kali ini telah membuat satu pandangan menurut islam berkenaan isu penentangan individu-individu tertentu terhadap tindakan yang dilakukan oleh sultan negeri perak, Raja Azlan Shah. mufti perak tersebut menyatakan bahawa islam menetapkan kita mematuhi ketua yakni raja dan apabila raja tersebut dibantah dan diugut, individu itu wajar dikategorikan sebagai penderhaka. hasil ucapan ini, mufti kita sekali lagi dikecam. persoalannya, apakah taraf mufti kita dimata rakyat malaysia. kita seharusnya menghormati mufti sebagai individu yang lebih berilmu dalam bidang agama. “mufti” itu sendiri telah membezakan kehebatan mereka berbanding masyarakat biasa. selaku mahasiswa, kita boleh berfikir. sekiranya kita mahasiswa yang berintelektual, seharusnya tidak cepat melatah atau melenting apabila berhadapan sesuatu isu baru. fikir dengan positif, mesti ada rasional atau hikmah disebalik tragedi yang berlaku. mahasiswa mampu berfikir,orator medium menjana pemikiran, pandangan sentiasa terbuka, dan pandangan anda kini mampu didengari.   

hanya pandangan seorang mahasiswa…

February 21, 2009 Posted by | Gafid guMok( Ketua unit) | Leave a comment

Pertandingan Debat NC UMT

Salam Oratorians dan rakan rakan yang lain…hari ini satu delegasi Oratorians telah dijemput untuk menyaksikan pertandingan Debat piala Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu.Satu TeaM dari Udm telah dijemput menjadi swing team.Manakala Abg Din dan abg Bob serta beberapa ahli yang senior dijemput menjadi hakim pertandingan.Okeh,diharap semua mendapat manfaat daripadanya.Thanks UMT for ur invitatation.

February 20, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

TAHNIAH..FOR…

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!TAHNIAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ITU SAHAJA…TAPI JUST KEEP GOING ,OK WITH YOUR WORK..4 ALL OF YOU..MY PANTUN:

TERUSKAN USAHA MENCERAP ISU SEMASA

ITULAH KITA DI UDM TERCINTA

ORATOR MEMANG SENTIASA BERUSAHA

PENGURUSAN BERJAYA PENCAPAIAN DICIPTA!!!

~DEBAT NADA KEYAKINAN, NADI KEPIMPINAN~

by izzuddin

bye oratorudm blog!!..ada orang lain jaga ko pulak..hehe:)

February 19, 2009 Posted by | izzuddinrosli | Leave a comment

SELAMAT DATANG AHLI BARU KE KELAB ORATOR UDM 2009

7 JANUARI 2009

Perjumpaan ahli lama dan pengambilan ahli baru telah diadakan pada 7 Januari 2009 (RABU) bertempat di blok  GA04. Allhamdulillah sambutan yang diberi sangat menggalakkan. Seramai 80 orang ahli telah mendaftar. Namun bagi Pihak pengurusan bukan kuantiti yang kami harapkan tetapi kulaiti. Sudah menjadi lumrah setiap tahun  penyertaan ahli majoritinya terdiri dari kaum hawa. Diharap kaum adam UDM di luar sana sekiranya rasa tercabar maka datanglah meramaikan diri menyertai Kelab Orator  UDM. Jaminan dari pihak pengurusan RM10 akan dikembalikan sekiranya anda tidak menjadi seseorang sepetimana yang kami janjikan. Bukan Sekadar Retorik Bahasa tetapa kata yang dikota.

 

~DEBAT: NADA KEYAKINAN, NADI KEPIMPINAN~

 

February 19, 2009 Posted by | ExcO 3P | Leave a comment

PUCUK PIMPINAN ORATOR UDM [UNIT B.M] BERTUKAR WAJAH

1 JANUARI 2009

Selamat datang diucapkan pada tahun 2009. Maka alkisah bermulalah pucuk pimpinan  orator UDM yang telah bertukar wajah, dimana zaman pemerintahan saudara  Ahmad Burhan Sidqi ,Muhd Izzuddin Rosli dan Nur Hidayah Ismail sudah berakhir. Mereka sekarang bertindak selaku “predecessor”. Barisan pucuk pimpinan baru dibarisi oleh “freshier” debat. Saudara Adib Aiman selaku Ketua Unit Bahasa Melayu, Saudari Siti Nur Hidayah dan Saudara Fahmi selaku Timbalan Ketua Unit, Saudari Hamidah dan Siti Halwani selaku Setiausaha, Saudari Farah selaku Bendahari. Manakala barisan exco dibarisi oleh Saudara Faiz selaku Exco R&D,Saudara Hanas selaku Exco Tugas-Tugas Khas, Saudara Taufiq yang menggantikan Saudari Aini Munirah selaku Exco Hubungan Serantau dan akhir sekali saya  Nurul Atiqah selaku Exco 3p (Publisiti,Penerangan dan Pengiklanan). Semoga dengan terlantiknya barisan pucuk pimpinan baru ini dapat memartabatkan Kelab Orator Udm dan menjadi yang TERBAIK dari sebelum ini.

~DEBAT: NADA KEYAKINAN, NADI KEPIMPINAN~

 

February 19, 2009 Posted by | ExcO 3P | Leave a comment

Tahniah Mr Press…

Bro Absar

Entry kali ini khas untuk kekanda Burhan Sidqi,Mr Press Orator yang kini menyandang jawatan Mr Press UDM ‘s Law Society.Beliau yang menang besar akan mengangkat sumpah sebagai Press pada 5hb Febuari ini(ala ala Barack Obama gitu).Dari keluarga Orator,kami doakan kekanda ABSAR terus gemilang.Harap harap tidak di anak tiri kan kami yek!

January 30, 2009 Posted by | Uncategorized | 1 Comment

Hanya di Mercu…

Hanya Di Mercu

Mimpi dan harapan cecita yang tinggi…menjulang…

Tak pernah terluahkan hanyalah di hati tersimpan,…terpendam,

keterbatasan diriku menjadi penghalangan,

sampai bila Aku bertanya sampai bila,Ku harus mencuba,

Bila lagi desak hatiku , bila lagi ,

Aku harus berani .

Laluku bangkit ,tegak berdiri,

mengatur langkahku,terus mendaki,

cita citaku ….

Di Mercu.

Mimpi dan harapan bagaikan duri yang mencengkam…Ooooo,

Segannya kubiar Cecita dihati,

tersimpan,terpendam…

keterbatasan tak wajar menjadi penghalang…

sampai bila Aku bertanya ,sampai bila….

KU harus mencuba,

Bila lagi desak hatiku bila lagi,

Aku harus berani…

Laluku bangkit tegak berdiri,

mengatur langkahku terus mendaki,

cita citaku,

Di Mercu…

Aku mencari kekuatan, dalam kelemahan…

Aku temui kejayaan dalam kebranian.

Nyanyian Ayu ,One In A milion ….Ayuh sama sama hayatinya dan sebatikan dalam diri. ‘Aku Temui Kejayan Dalam Keberanian’….-Speak The Truth-

November 8, 2008 Posted by | Uncategorized | 3 Comments

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU KE UDM!!..(masuklah kelab kami yer..)

salam!..hahaha…dah lama rasanya kami tidak meng”update” blog kelab..kerana masing-masing sebuk dengan tugasan masing-masing sehingga lupa dan tiada masa untuk melihat-lihat blog..oh yer..kami nak ucapkan “SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA BAGI SESI 2008 INI!”…masuklah kelab kami yer..yang minat tue..hehe

Sebelum dapat sentiasa menambah maklumat dari semasa ke semasa..banyak perkara telah berlaku dalam kelab orator udm, terutama perubahan organisasi dalam kelab orator bagi unit bahasa melayu!..haha…takperla..nanti kami ceritakan perubahan yang berlaku dalam organisasi unit debat bahasa melayu dan kelab orator itu sendiri..ok buat masa ini aje yer…bye!!

July 18, 2008 Posted by | MAKLUMAN | 2 Comments