KELAB ORATOR UDM

DEBAT MENJANA MAHASISWA BERKETERAMPILAN

Memimpin vs Pemimpin

Ramai mahasiswa kita kini keliru atau pun tidak pernah perasan tentang dua frasa ini. Pemimpin yang dilantik juga tidak tahu sama ada mereka ini pemimpin atau hanya memimpin. saya akui semua orang boleh memimpin.memimpin disini bererti menjalankan tugas yang diberikan dengan mengetuainya. mudahkan cerita, ketua untuk menjalankan arahan. Tetapi, adakah ini sudah cukup untuk kita menjadi pemimpin? Pemimpin yang berkaliber, adalah pemimpin yang boleh mungetuai sebarang arahan yang dikeluarkan dan beliau sendiri berani untuk mengeluarkan arahan.persoalanya, adakah kita sendiri berani menyahut cabaran untuk mengeluarkan arahan? 80% mahasiswa berjawatan yakni pemimpin gagal menyahut cabaran ini. Khalifah diturunkan untuk membawa kebaikan, sekiranya berasa itu dapat menjana mentol kebaikan, teruskan. Tetapi mahasiswa kita kini masih belum cukup ‘haul’ untuk bergelar pemimpin ini kerana sikap dalam diri kita sendiri yang terlalu takut untuk mencalarkan hati sahabat sendiri walaupun realitinya, sahabat kita itu di pihak yang ‘gelap’. Pemimpin cemerlang, boleh terima kritikan, dan mahir dalam memberi kritikan membina. Sedarlah. Jawatan yang disandang bukanlah satu kebanggaan, tetapi satu amanah, amanah yang akan dituntut oleh yang ESA di hari perhitungan kelak. Jadilah PEMIMPIN, bukan sekadar MEMIMPIN. ( nasihat berguna yang ku terima daripada seorang yang byk gunanya kepada umat UDM )

-Gafildgumok_UDM- hanya seorang mahasiswa

March 8, 2009 Posted by | Gafid guMok( Ketua unit) | Leave a comment

Mufti Kita, Apa Kuasanya

ahli jemaah mufti malaysia sudah menjadi satu ikon di mata rakyat dalam menentukan sesuatu perkara. dahulu kita pernah digemparkan dengan isu hukum rokok yang hanya beberapa mufti mengatakan haram. jemaah mufti sukar untuk menentukan satu keputusan yang ‘solid’ bagi menentukan hala tuju hukum tersebut dan untuk diamalkan di malaysia. tokoh mufti yang tegas seperti yang kita tahu Dato Harunsanni,mufti negeri perak. beliau dikenali dengan ketegasan dalam menentukan hukum. baru-baru ni sekali lagi mufti kita dikecam di atas teguran-teguran yang datang daripada beliau. isu perak yang telah melarat panjang, media pula tak habis-habis meletupkan apa yang sudah sedia panas. Dato Harunsanni kali ini telah membuat satu pandangan menurut islam berkenaan isu penentangan individu-individu tertentu terhadap tindakan yang dilakukan oleh sultan negeri perak, Raja Azlan Shah. mufti perak tersebut menyatakan bahawa islam menetapkan kita mematuhi ketua yakni raja dan apabila raja tersebut dibantah dan diugut, individu itu wajar dikategorikan sebagai penderhaka. hasil ucapan ini, mufti kita sekali lagi dikecam. persoalannya, apakah taraf mufti kita dimata rakyat malaysia. kita seharusnya menghormati mufti sebagai individu yang lebih berilmu dalam bidang agama. “mufti” itu sendiri telah membezakan kehebatan mereka berbanding masyarakat biasa. selaku mahasiswa, kita boleh berfikir. sekiranya kita mahasiswa yang berintelektual, seharusnya tidak cepat melatah atau melenting apabila berhadapan sesuatu isu baru. fikir dengan positif, mesti ada rasional atau hikmah disebalik tragedi yang berlaku. mahasiswa mampu berfikir,orator medium menjana pemikiran, pandangan sentiasa terbuka, dan pandangan anda kini mampu didengari.   

hanya pandangan seorang mahasiswa…

February 21, 2009 Posted by | Gafid guMok( Ketua unit) | Leave a comment