KELAB ORATOR UDM

DEBAT MENJANA MAHASISWA BERKETERAMPILAN

SENARAI USUL PETANDINGAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR BAHASA MELAYU KALI KE-2 2009 UNIVERSITI DARUL IMAN

PERINGKAT SARINGAN :

PERTAMA

GEJALA SOSIAL REMAJA : PENDIDIKAN KITA WAJAR DIPERSALAHKAN

KEDUA

BARISAN NASIONAL PERLU MENJADI SATU PARTI

KETIGA

PENYELESAIAN ISU ALAM SEKITAR : BANYAK KAJIAN DARIPADA PELAKSANAAN

KEEMPAT

MAHASISWA KITA BERINTEGRITI

PERINGKAT SUKU AKHIR

 1.    KRISIS EKONOMI GLOBAL : KITA BERSEDIA

 2.    BUNGA RAYA SEMAKIN LAYU

3.     SUBSIDI MENYEBABKAN RAKYAT KITA MANJA

4.     POLITIK WANG : SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH SUPERMAN

PERINGKAT SEPARUH AKHIR

1.  BAHASA MELAYU PENYATU BANGSA MELAYU

2. KITA TIDAK BERSATU DALAM ISU KEPENTINGAN NEGARA

 

PERINGKAT AKHIR

KEMELUT POLITIK PERAK : ROBOHNYA KETUANAN MELAYU

Advertisements

March 6, 2009 Posted by | ExcO 3P | 1 Comment

DEMAM DEBAT PIALA NC KE 2 BAKAL BERMULA…

Salam perdebatan..

Nampaknya demam Debat Piala NC yang Ke-2 bakal bermula, di mana pertandingan setiap tahun ini menjadi rebutan setiap fakulkti yang bertanding. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Setiap fakulti wajib menghantar penyertaan sebanyak 3 pasukan. Pertandingan Saringan akan bermula pada 13 & 14 Mac ini di blok A dan E. Pertandingan Debat Piala Naib Canselor ini adalah anjuran MPP UDM bersama dengan Kelab Orator UDM. Tahun lepas(2008) ,di pentas akhir telah menemukan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) sebagai kerajaan dan Fakulti Kontemporari Islam (FKI) sebagai pembangkang. Keputusan telah menyebelahi pihak pembangkang dimana usul “MISI NASIONAL TERAS MALAYSIA TERBILANG” telah DITOLAK dan Saudara Amar Arafat dari FUHA telah dinobatkan sebagai Pendebat TERBAIK . Adakah FKI akan mengulangi sejarah kemenangan mereka sekali lagi pada tahun ini?  Atau adakah FUHA akan bangun menebus kekalahan lepas? Mungkinkah FPPP @ FBK @ FBP @ FSIT yang akan mara ke pentas akhir? Segala persoalan akan terjawab nanti  pada 14 Mac 2009 (Sabtu) Pertandingan Akhir Piala NC Ke-2 bertempat di Perkarangan Cafe Baru dengan usul yang penuh kontroversi iaitu : “ KEMELUT POLITIK PERAK : ROBOHNYA KETUANAN MELAYU” Sama-samalah kita saksikan nanti.

~WASSALAM~

DEBAT : NADA KEYAKINAN NADI KEPIMPINAN

 

March 6, 2009 Posted by | ExcO 3P | Leave a comment

SELAMAT DATANG AHLI BARU KE KELAB ORATOR UDM 2009

7 JANUARI 2009

Perjumpaan ahli lama dan pengambilan ahli baru telah diadakan pada 7 Januari 2009 (RABU) bertempat di blok  GA04. Allhamdulillah sambutan yang diberi sangat menggalakkan. Seramai 80 orang ahli telah mendaftar. Namun bagi Pihak pengurusan bukan kuantiti yang kami harapkan tetapi kulaiti. Sudah menjadi lumrah setiap tahun  penyertaan ahli majoritinya terdiri dari kaum hawa. Diharap kaum adam UDM di luar sana sekiranya rasa tercabar maka datanglah meramaikan diri menyertai Kelab Orator  UDM. Jaminan dari pihak pengurusan RM10 akan dikembalikan sekiranya anda tidak menjadi seseorang sepetimana yang kami janjikan. Bukan Sekadar Retorik Bahasa tetapa kata yang dikota.

 

~DEBAT: NADA KEYAKINAN, NADI KEPIMPINAN~

 

February 19, 2009 Posted by | ExcO 3P | Leave a comment

PUCUK PIMPINAN ORATOR UDM [UNIT B.M] BERTUKAR WAJAH

1 JANUARI 2009

Selamat datang diucapkan pada tahun 2009. Maka alkisah bermulalah pucuk pimpinan  orator UDM yang telah bertukar wajah, dimana zaman pemerintahan saudara  Ahmad Burhan Sidqi ,Muhd Izzuddin Rosli dan Nur Hidayah Ismail sudah berakhir. Mereka sekarang bertindak selaku “predecessor”. Barisan pucuk pimpinan baru dibarisi oleh “freshier” debat. Saudara Adib Aiman selaku Ketua Unit Bahasa Melayu, Saudari Siti Nur Hidayah dan Saudara Fahmi selaku Timbalan Ketua Unit, Saudari Hamidah dan Siti Halwani selaku Setiausaha, Saudari Farah selaku Bendahari. Manakala barisan exco dibarisi oleh Saudara Faiz selaku Exco R&D,Saudara Hanas selaku Exco Tugas-Tugas Khas, Saudara Taufiq yang menggantikan Saudari Aini Munirah selaku Exco Hubungan Serantau dan akhir sekali saya  Nurul Atiqah selaku Exco 3p (Publisiti,Penerangan dan Pengiklanan). Semoga dengan terlantiknya barisan pucuk pimpinan baru ini dapat memartabatkan Kelab Orator Udm dan menjadi yang TERBAIK dari sebelum ini.

~DEBAT: NADA KEYAKINAN, NADI KEPIMPINAN~

 

February 19, 2009 Posted by | ExcO 3P | Leave a comment