KELAB ORATOR UDM

DEBAT MENJANA MAHASISWA BERKETERAMPILAN

‘AKADEMI DEBAT’ 2009

Pada bulan Mei dan Jun akan diadakan 4 pertandingan debat antara universiti di . Malaysia. Justeru sebagai persediaan untuk setiap pertandingan yang bakal berlangsung ini, Kelab Orator Unit Bhasa Melayu telah mengadakan satu bengkel debat yang juga dikenali sebagai ‘Akademi Debat’, justeru panggilan ‘Akademi Debat’ ini akan diguna pakai sebagai pengenalan kepada Kelaba Orator debat Bahasa Melayu.

 

Perjalanan bengkel ini berlangsung selama 6 hari .Iaitu pada:

 

Tarikh : 6 Mei – 12 Mei 2009

Tempat: Blok Kuliah di GA 04

Sasaran: 24 Orang ( Ahli Debat Bahasa Melayu)

Objektif pelaksanaan bengkel ini adalah bertujuan :

 

  1.        Memberi  pengetahuan kepada teknik-teknik debat dengan lebih terperinci
  2.        Pengaplikasian teknik dalam perdebatan sebenar oleh para peserta
  3.         Memupuk keyakinan diri dalam diri peserta dan keberanian dalam pengucapan awam apabilaberhadapan dengan masyarakat.
  4.      Memastikan pendebat – pendebat UDM dapat membuat persediaan awal untuk menghadapi pertandingan yang bakal berlangsung
  5.        Memastikan segala fakta – fakta kes dapat dicari dan dikaji.
  6.        Mewujudkan keserasian di antara ahli – ahli kumpulan.

 

Perjalanan bengkel selama 6 hari ini telah disediakan pelbagai aktiviti dan jadual yang padat untuk memastikan para peserta  beroleh manfaat daripada perjalanan bengkel ini juster mancapai matlamatnya.Berikut adalah merupakan perjalanan bengkel debat pada kali ini:

 

TENTATIF PROGRAM BENGKEL DEBAT 6 – 12 MEI 2009

6 MEI 2009 ( RABU )

9.00 AM   : Teknik Debat

10.30 AM : Minum Pagi

12.00 PM : Rehat / Kendiri

2.00 PM   : Sambung Teknik Debat

4.00 PM   : Kendiri

5.00 PM   : Riadah

6.30 PM   : Kendiri

8.00 PM   : Pembukaan Kes

11.00 PM : Bersurai

 

7 MEI 2009 ( KHAMIS )

9.00 AM   : Penbahagian kumpulan  & Tajuk ( ice – breaking )

10.30 AM : Minum Pagi

11.00 AM : Sambung ice – breaking

1.00 PM   : Kendiri

2.00 PM   : Bentang hasil ice – breaking

4.30 PM   : Kendiri

5.30 PM   : Riadah

6.30 PM   : Kendiri

8.00 PM   : Sambung Bentang

11.00 PM : Bersurai

8 mei 2009 ( JUMAAT )

( Program Ke Hutan Lipur Air Terjun Sekayu)

7.30 AM   : Berkumpul depan Pejabat Asrama Baru

8.00 AM   : Bertolak Ke Hutan Lipur Air Terjun Sekayu

9.30 AM   : Dijangka sampai di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu

9.45 AM   : Cari Tapak Untuk Perkhelahan

10.00 AM : Persidangan Alam

12.30 PM : Solat Jumaat & Rehat & Kendiri

2.00 PM   : Water Confident

4.30 PM   : Bersiap Untuk Balik Ke UDM

5.00 PM   : Bertolak balik

6.30 PM   : Dijangka Sampai Di UDM

MALAM   : REHAT

 

9 MEI 2009 ( SABTU )

9.00 AM   : Buka Konsep ( Abg Din )

10.30 AM : Minum Pagi

11.00 AM : Persiapan Mock

12.30 PM : Kendiri

2.00 PM   : Mock dengam MRSM

4.30 PM   : Kendiri

5.00 PM   : Riadah

6.30 PM   : Kendiri

8.00 PM   : Slot Bersama Abg Din

10 MEI 2009 ( AHAD )

9.00 AM   : Persiapan Mock dengan UMT

10.30 AM : Minum Pagi

11.00 AM : Sambung Buat Persiapan

12.30 PM : Kendiri

2.00 PM   : Mock dengan UMT

4.30 PM   : Kendiri

5.30 PM   : Riadah

8.00 PM   : Mock dengan UMT

11 MEI 2009 ( ISNIN )

9.00 AM   : Pembahagian Tajuk Ikut Kumpulan

10.30 AM : Minum Pagi

11.00 AM : Start Cari Fakta Kes Untuk Intergriti   * Faiz Handle

12.30 PM : Kendiri

2.00 PM   : Bentang Hasil Fakta Yg Cari

4.30 PM   : Kendiri

5.00 PM   : Riadah

6.30 PM   : Kendiri

8.00 PM   : Mock ( Pemilihan )

12 MEI 2009 ( SELASA )

9.00 AM   : Team Intergriti Mock

: Yang Lain Terus Mencari Fakta

10.30 AM : Minum Pagi

11.00 AM : Sambung Mock

1.00 PM : Kendiri

2.00 PM   : Sambung Mock & Cari Fakta Kes Untuk Usul Intergriti lagi

4.30 PM   : Kendiri

5.00 PM   : Riadah

6.30 PM   : Kendiri

8.00 PM   : Majlis Penutup Bengkel Debat 2009

“ DEBAT NADA KEYAKINAN NADI KEPIMPINAN ”

 

 

 

Tarikh- tarikh debat adalah seperti berikut :

PERTANDINGAN & TARIKH

PESERTA

 

INTEGRITI  di UTM Skudai( 14 Mei- 19 Mei)

 

 

Team Utama

Mohd Adib Aiman

Siti Halwani

Nurul Atiqah

Mohd Taufiq

Salmi

Mohd Izzuddin

Team Junior

Mohd Hanas

Nurul Azsikin

Siska Puspa Murni

 Mohd Faiz

 

PERPADUAN di UNIMAS (16 Mei- 20 Mei)

Mohd Izzuddin

Borhan sidqi

Ong Yew Chuan

Nor Hidayah

Mohd Faiz

FOMCA di UTHM (18 Mei – 21 Mei)

 

Mohd Hanas

Nurul Azyikin

PISZA di UITM Dungun (25Mei – 28 Mei)

Mohd Syarif

Notfatun

Irma Syukri

Nor Fatimah

 

Justeru, selaku Ketua Unit Bahasa Melayu, mewakili semua ahli, mengucapkan syabas dan tahniah atas pemilihan anda untukm mewakili universiti. Semoga usaha yang berterusan dan kekuatan kalian dalam perjuangan untuk memartabatkan  Universiti Darul Iman Malaysia dalam arena perdebatan intervasiti memperoleh kejayaan dan mencapai matlamat dan sasarannya. Walaupun wajah-wajah baru ini hadir dalam perjuangan debat, ini membuktikan semangat yang berkobar-kobar untuk berjuang kerana sesunggunya kita semua adalah sama kerana bukan jangka masa penglibatan dalam arena yang menjadi penentuan, tetapi adalah ketajaman akal fikiran yang matang dan kreatis dalam perbincangan isu-isu  semasa yang dinilai. Syabas dan tahniah!. Teruskan perjuanga..Salam Mahabbah dan Salam Ukhwah.

c_nurday

May 11, 2009 Posted by | AKTIVITI | 4 Comments

PERUBAHAN TARIKH PERJUMPAAN

PERHATIAN!!

Kepada semua ahli Kelab Orator Unit B.Melayu,tarikh perjumpaan telah bertukar pada hari AHAD dan  hari RABU30 malam. Tarikh ini berkuatkuasa pada bulan MAC.Sekian…..

Pertukaran tarikh,masa dan tempat adalah seperti berikut :

TARIKH      : SEPANJANG BULAN MAC

HARI           : SETIAP AHAD DAN RABU

MASA        : 9.00-11.00 MALAM

TEMPAT    : AHAD (GC 20) RABU (GA 07)

March 1, 2009 Posted by | AKTIVITI | Leave a comment

EKSPO SATU DAERAH SATU INDUSTRI-TERENGGANU 2008

BANNER EKSPO SATU DAERAH SATU INDUSTRI

Assalamualaikum..yuhuuu…

Apa khabar buat semua warga debat UDM dan juga warga debat tang berada di Malaysia. Hari ini, nak bercerita tentang ekspo yang berada diTerengganu iaitu satu ekspo tentang produk-produk hasil kraftangan, semulajadi dan lain-lain lagi yang banyaknya pembuatannya dan penghasilannya adalah berasakan produk kampung. “NATURAL” kata orang. hehe..nasib baik sempat pergi

Melihatkan kepada ekspo yang bertemakan “SATU DAERAH SATU INDUSTRI” , sememangnya satu usaha murni kerajaan Negeri Terengganu dalam memartbatkan dan memperkenal Industri seperti kraftangan ini di mata masyarakat dan dunia khususnya. Setibanya di Ekspo yang berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu yang berlangsung dari 22-26hb april 2008, sememangnya cukup meriah.

Antara aktiviti di ekspo tersebut:

1. PROMOSI JUALAN PRODUK SDSI(satu daerah satu industri)

2. SEMINAR USAHAWAN PANTAI TIMUR SDSI

3. DEMONSTRASI PRODUK KRAFTANGAN SDSI

4. PERTANDINGAN ‘DAM AJI’ NEGERI TERENGGANU

5. PERTANDINGAN MEWARNA

6. HADIAH ‘PENGUNJUNG BERTUAH’ SETIAP HARI

7. PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

Tapi melihat kepada di satu sudut ruangan, terdapat ramai manusia yang jenisnya lelaki dalam kategori veteran. Menarik minat, untuk melhat lebih lanjut, apakah yang membuatkan begitu ramai orang disitu sedangkan ekspo berada di sebelah bangunan yang satu lagi di PDT tersebut. Hah, rupanya satu pertandingan kejuaraan “DAM HAJI”..??!!..hehehe..wah, ini juga satu usaha dalam memartabatkan seni permainan “kedai kopi” tradisional..haha..melihat gelagat golongan veteran dan muda mengambil bahagian..memang menarik dan lucu. Pening memikirkan strategi, bagaimana agaknya hendak naik hajidengan banyaknya!..hahaha..”makan jangan tak makan abe..”

Tinggalkan sekejap dam haji tersebut. Berbalik kepada topik asal tentang ekspo tersebut. Ha, banyak produk-produk kampung, kayu, minyak urut, kesihatan, makanan, minuman, kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk kampung dipamerkan seperti makanan-keropok lekor, keropok kering(sempat sambar brochure keropok ikan special keluaran Mariam Bt Tahir)..minuman-air nira bertenaga(nira mocca), kraftangan-nipah craft coolection(bakul berasaskan nipah), Lamaka Trading-penghasilan tudung saji, beg tangan berasakan daun pandan dan mengkuang) dan lain-lain..MEMANG SERONOK DAN MERIAH!!..

Sempat juga menemuramah seorang mak cik yang terlibat dalam pertunjukkan ekspo ini. Beliau adalah pakar dalam seni kraftangan membuat tudung saji dan juga beg berasakan daun mengkuang. Huu..melihatkan beliau menganyam, memang hebat!..katanya tak susah pun. cuma katanya “nak buat ni nak kena ada sifat sabar. kalo tak sabar tak menjadila”.Memang betul kata beliau. Sabar itu sendiri tangga kejayaan. Apa-apa pun usaha kerajaan Negeri Terengganu dalam memartabatkan industri ini di mata masyarakat dan dunia perlu dicontohi oleh semua kerajaan negeri yang lain dan pihak-pihak yang bertanggungjawab supaya generasi muda kita hari ini tidak lupa akan warisan tradisional zaman-berzaman yang menjadi satu kebanggan buat Negara Malaysia yang kaya dengan adat dan buadayanya. Tahniah!.. Sememangnya, “TIADA HALANGAN HANYA PELUANG”..

“MEMBINA SEJARAH MENCIPTA TAMADUN”

“ISLAM HADHARI TERENGGANU BESTARI”

CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG!

ps-izzuddin(a.k.a ydp) & abg bob(a.k.a ketua unit bm kelab orator) yang pergi..hehe

April 27, 2008 Posted by | AKTIVITI | Leave a comment