KELAB ORATOR UDM

DEBAT MENJANA MAHASISWA BERKETERAMPILAN

Semangat baru buat Iraq

iraq rai

Tentera Iraq menyambut meriah permulaan proses pengunduran tentera Amerika Syarikat dari negara mereka mulai kelmarin. Kemeriahan ini disaksikan di Ramadi, ibu kota wilayah Anbar, 115 kilometer ke barat Baghdad. Pengunduran itu dijadual tamat pada hujung 2011. Setakat ini, 120 markas tentera sudah ditadbir askar Iraq manakala 30 lagi ditutup lewat semalam, kata jurucakap Pentagon. – Foto AP(Berita Harian)

Alhamdulillah, rakyat Iraq boleh menarik nafas lega, apabila perjanjian keselamatan yang dikira sebagai bersejarah telah dibuat antara Iraq dan Washington bakal dilaksanakan dan ditunaikan.

Tentera Amerika Syarkat telah mula berundur dari semua bandar dan pekan. Sebagaimana dalam perjanjian tahun 2011 adalah merupakan tahun yang dijanjikan pengunduran bagi semua tentera AS selesai sebelum tamatnya 2011.

Setelah 6 tahun tanah Iraq diceroboh, maka bakal bermulalah kehidupan baru bagi rakyat Iraq untuk menikmati hak dan hidup di bumi sendiri tanpa kehdiran orang asing ‘penyibuk’ yang juga suka menimbulakan provokasi terhadap pemimpin dan rakyat. Perjanjian keselamatan itu adalah demi menjaga dan melindungi rakyat baghdad, namun apabila dilihat dan dinilai kembali, agak pengecut juga Amerika Syrikat ini , kerana perjanjian itu juga agak bersifat ‘berkepentingan sendiri’ ..Berikutan ia dibuat meliputi nasib 133,000 askar Amerika di situ.Hal ini demi menjaga dan mengelakkan kematian tentera Amerika, maka perjanjian itu dipersetujui oleh mereka .

Setelah kematian Saddam Hussein, bagaimanakah pemulihan kembali struktur pentadbiran di Iraq?Adakah keamaan dan persefahaman dapat dicapai. Bagaimanakan janji yang telah dilafazkan oleh Presiden AS sebelum ini.

Setelah usaha-usaha di Iraq dalam menyelesaikan kemelut di sana menemui kegagalan, apakah yang keadaan yang bakal berlaku?Kerana dilihat pergaduhan yang sering berlaku antara Pentadbir Kerajaan Pusat dan Puak Kurdish dan antara Puak Syiah dan Suni masih saling bertikam hebat masih berterusan….Itu masih menjadi persoalan….

Walau bagaimanapun satu harapan baru untuk Iraq dalam membentuk dan memulakan kehidupan baru.Tiada si ‘penyibuk’ , maka, mngkin satu peluan untuk memulihkan kembali pentadbiran dan keamanan dengan berpijak di atas kaki sendiri….

Permulaan pengunduran ini telah diraikan dengan gembiranya oleh penduduk Baghdad..Diharapkan pengunduran itu diteruskan demi menjamin kesejanteraan rakyat Iraq..Menyokong Semangat baru buat rakyat Iraq..!!

Advertisements

July 2, 2009 Posted by | Uncategorized | 1 Comment