KELAB ORATOR UDM

DEBAT MENJANA MAHASISWA BERKETERAMPILAN

Tahniah & Syabas

Ucapan Sekalung Penghargaan & Tahniah..

Tahniah buat peserta Pertandingan Debat Piala Sultan Zainal Abidin . Di mana ia telah berlangsung

pada 25hb Jun-28 Jun 2009 di UiTM Dungun.

Pertandingan kali ini telah disertai sebanyak 19 kumpulan dari Universiti-Universiti dan IPGM di

Pantai Timur.

Seperti Kebiasaannya, pertandingan ini diadakan setiap tahun. Kategori yang diamjurkan adalah B.Melayu & b> Inggeris.UDM tidak melepaskan peluang untuk menghantar wakil untuk ke pertandingan tersebut. Dan pencapaian yang terbaik  pada pertandingan tersebut, adalah pada tahun 2007 UDM berjaya ke suku akhir, dan pada 2008, berjaya ke pentas akhir.Walau bagaimanapun , UDM sekadar berjaya mendapat Naib Johan setelah ditewaskan oleh Uitm Machang.

Untuk tahun 2009 ini, PDSZA telah masuk kali ke-9 ia diadakan.Setiap tahun ia berlangsung  di UiTM Dungun yang juga tuan rumah. UDM telah menghantar 1 kumpulan bagi kategori B.Melayu & 1 Kumpulan kategori Bahasa Inggeris. Pada kali ini Kumpulan B. Inggeris sekadar berjaya  melangkah ke Separuh akhir setelah ditewaskan oleh UMP Kumpulan B.Persaingan yang sangat sengit apabila melibatkan usul Perundangan “The House Belive That The Federal Constitution was outdated”

Bagi kategori B.Melayu, mungkin pencapaian yang tidak dapat untuk dibanggakan.Walau bagaimanapun, usaha dan semangat berpasukan dapat dibanggakan.Walaupun di pentas PDSZA ini telah meletakkan mereka dalam keadaan yang sukar dan mencabar, tetapi atas usaha dan keyakinan mereka, sebagai pendebat baru , ia adalah satu permulaan yang baik untuk mereka bertapak di pentas arena perdebatan.Sepanjang pemerhatian mereka di pertandingan, satu kelainan dan semangat yang sangat luar biasa dilihat. Maka,  dari situlah bermulanya mereka digelar sebagai ‘Pendebat UDM’

Pihak Orator unit B. Melayu mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta.Perjuangan harus diteruskan.Sesungguhnya kita belajar dari pengalaman dan dari itu kita akan banyak belajar untuk memperbaiki diri dan mempertingkatkan kemahiran sebagai pendebat  dan membentuk keyakinan diri.Pecahkan ketakutan dan uji keberanian, tingkatkan pengetahuan..

Advertisements

June 30, 2009 Posted by | Uncategorized | 2 Comments