KELAB ORATOR UDM

DEBAT MENJANA MAHASISWA BERKETERAMPILAN

Stadium Sultan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu

mh_01.1

Beginilah keadaan bumbung di bahagian timur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, Kuala Terengganu yang runtuh pagi semalam. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi venue utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah. Kerosakan melibatkan bumbung di bahagian timur stadium sepanjang 400 meter. Ia menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam dan tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP). Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu termasuk pengarahnya, Ahmad Sabri Hussin berada di tempat kejadian bagi mengumpul maklumat serta keterangan berhubung kejadian itu.(Utusan Malaysia 2hb Jun 2009)

Advertisements

June 3, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment