KELAB ORATOR UDM

DEBAT MENJANA MAHASISWA BERKETERAMPILAN

Tahniah & Syabas

Ucapan Sekalung Penghargaan & Tahniah..

Tahniah buat peserta Pertandingan Debat Piala Sultan Zainal Abidin . Di mana ia telah berlangsung

pada 25hb Jun-28 Jun 2009 di UiTM Dungun.

Pertandingan kali ini telah disertai sebanyak 19 kumpulan dari Universiti-Universiti dan IPGM di

Pantai Timur.

Seperti Kebiasaannya, pertandingan ini diadakan setiap tahun. Kategori yang diamjurkan adalah B.Melayu & b> Inggeris.UDM tidak melepaskan peluang untuk menghantar wakil untuk ke pertandingan tersebut. Dan pencapaian yang terbaik  pada pertandingan tersebut, adalah pada tahun 2007 UDM berjaya ke suku akhir, dan pada 2008, berjaya ke pentas akhir.Walau bagaimanapun , UDM sekadar berjaya mendapat Naib Johan setelah ditewaskan oleh Uitm Machang.

Untuk tahun 2009 ini, PDSZA telah masuk kali ke-9 ia diadakan.Setiap tahun ia berlangsung  di UiTM Dungun yang juga tuan rumah. UDM telah menghantar 1 kumpulan bagi kategori B.Melayu & 1 Kumpulan kategori Bahasa Inggeris. Pada kali ini Kumpulan B. Inggeris sekadar berjaya  melangkah ke Separuh akhir setelah ditewaskan oleh UMP Kumpulan B.Persaingan yang sangat sengit apabila melibatkan usul Perundangan “The House Belive That The Federal Constitution was outdated”

Bagi kategori B.Melayu, mungkin pencapaian yang tidak dapat untuk dibanggakan.Walau bagaimanapun, usaha dan semangat berpasukan dapat dibanggakan.Walaupun di pentas PDSZA ini telah meletakkan mereka dalam keadaan yang sukar dan mencabar, tetapi atas usaha dan keyakinan mereka, sebagai pendebat baru , ia adalah satu permulaan yang baik untuk mereka bertapak di pentas arena perdebatan.Sepanjang pemerhatian mereka di pertandingan, satu kelainan dan semangat yang sangat luar biasa dilihat. Maka,  dari situlah bermulanya mereka digelar sebagai ‘Pendebat UDM’

Pihak Orator unit B. Melayu mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta.Perjuangan harus diteruskan.Sesungguhnya kita belajar dari pengalaman dan dari itu kita akan banyak belajar untuk memperbaiki diri dan mempertingkatkan kemahiran sebagai pendebat  dan membentuk keyakinan diri.Pecahkan ketakutan dan uji keberanian, tingkatkan pengetahuan..

June 30, 2009 Posted by | Uncategorized | 2 Comments

Pengunguman Kepada Semua Exco Debat Bahasa Melayu…

Makluman

Perhatian kepada semua Exco Unit Bahasa Melayu.Sila ambil Perhatian.Satu perjumpaan Kali Pertama bagi pembukaan semester baru kali ini, akan diadakan satu perjumpaan.Ini adalah bertujuan :

Objektif : ”Pembentangan Kertas Kerja” aktiviti kelab B.M

Ia adalah seperti berikut :

Tarikh : 6 JULAI

Masa    :  8 Malam

Tempat :*akan dimaklumkan kemudian

Kerjasam dengan kehadiran anda amatlah diharapkan  dan ia adalah DIWAJIBKAN hadir.

June 8, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Menjunjung Duli dan Merafak Sembah, Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

sultanmizan1

daulat_tuanku

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku dan Kerahmatan diperoleh dariNya di bawah Lembayung Pemerintahan Baginda Yang Berjiwa Rakyat

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH DK.M.,D.K.T,D.K.R,D.M.N.,S.U.M.Z.,S.S.M.T.,S.P.M.T.,D.K.(Perlis),D.K.(Johor),D.K.M.B.(Brunei),D.K.(Perak),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Kelantan),D.K.(Kelantan),D.K.(Selangor),S.P.M.J.,Commandeur de la Legion d’ Honneur(France)

SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI BAGINDA

pada

6 Jun 2009 BERSAMAAN 12 JAMADILAKHIR 1430H

June 6, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Stadium Sultan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu

mh_01.1

Beginilah keadaan bumbung di bahagian timur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, Kuala Terengganu yang runtuh pagi semalam. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi venue utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah. Kerosakan melibatkan bumbung di bahagian timur stadium sepanjang 400 meter. Ia menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam dan tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP). Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu termasuk pengarahnya, Ahmad Sabri Hussin berada di tempat kejadian bagi mengumpul maklumat serta keterangan berhubung kejadian itu.(Utusan Malaysia 2hb Jun 2009)

June 3, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment