KELAB ORATOR UDM

DEBAT MENJANA MAHASISWA BERKETERAMPILAN

Memimpin vs Pemimpin

Ramai mahasiswa kita kini keliru atau pun tidak pernah perasan tentang dua frasa ini. Pemimpin yang dilantik juga tidak tahu sama ada mereka ini pemimpin atau hanya memimpin. saya akui semua orang boleh memimpin.memimpin disini bererti menjalankan tugas yang diberikan dengan mengetuainya. mudahkan cerita, ketua untuk menjalankan arahan. Tetapi, adakah ini sudah cukup untuk kita menjadi pemimpin? Pemimpin yang berkaliber, adalah pemimpin yang boleh mungetuai sebarang arahan yang dikeluarkan dan beliau sendiri berani untuk mengeluarkan arahan.persoalanya, adakah kita sendiri berani menyahut cabaran untuk mengeluarkan arahan? 80% mahasiswa berjawatan yakni pemimpin gagal menyahut cabaran ini. Khalifah diturunkan untuk membawa kebaikan, sekiranya berasa itu dapat menjana mentol kebaikan, teruskan. Tetapi mahasiswa kita kini masih belum cukup ‘haul’ untuk bergelar pemimpin ini kerana sikap dalam diri kita sendiri yang terlalu takut untuk mencalarkan hati sahabat sendiri walaupun realitinya, sahabat kita itu di pihak yang ‘gelap’. Pemimpin cemerlang, boleh terima kritikan, dan mahir dalam memberi kritikan membina. Sedarlah. Jawatan yang disandang bukanlah satu kebanggaan, tetapi satu amanah, amanah yang akan dituntut oleh yang ESA di hari perhitungan kelak. Jadilah PEMIMPIN, bukan sekadar MEMIMPIN. ( nasihat berguna yang ku terima daripada seorang yang byk gunanya kepada umat UDM )

-Gafildgumok_UDM- hanya seorang mahasiswa

Advertisements

March 8, 2009 Posted by | Gafid guMok( Ketua unit) | Leave a comment