KELAB ORATOR UDM

DEBAT MENJANA MAHASISWA BERKETERAMPILAN

SENARAI USUL PETANDINGAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR BAHASA MELAYU KALI KE-2 2009 UNIVERSITI DARUL IMAN

PERINGKAT SARINGAN :

PERTAMA

GEJALA SOSIAL REMAJA : PENDIDIKAN KITA WAJAR DIPERSALAHKAN

KEDUA

BARISAN NASIONAL PERLU MENJADI SATU PARTI

KETIGA

PENYELESAIAN ISU ALAM SEKITAR : BANYAK KAJIAN DARIPADA PELAKSANAAN

KEEMPAT

MAHASISWA KITA BERINTEGRITI

PERINGKAT SUKU AKHIR

 1.    KRISIS EKONOMI GLOBAL : KITA BERSEDIA

 2.    BUNGA RAYA SEMAKIN LAYU

3.     SUBSIDI MENYEBABKAN RAKYAT KITA MANJA

4.     POLITIK WANG : SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH SUPERMAN

PERINGKAT SEPARUH AKHIR

1.  BAHASA MELAYU PENYATU BANGSA MELAYU

2. KITA TIDAK BERSATU DALAM ISU KEPENTINGAN NEGARA

 

PERINGKAT AKHIR

KEMELUT POLITIK PERAK : ROBOHNYA KETUANAN MELAYU

Advertisements

March 6, 2009 Posted by | ExcO 3P | 1 Comment

DEMAM DEBAT PIALA NC KE 2 BAKAL BERMULA…

Salam perdebatan..

Nampaknya demam Debat Piala NC yang Ke-2 bakal bermula, di mana pertandingan setiap tahun ini menjadi rebutan setiap fakulkti yang bertanding. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Setiap fakulti wajib menghantar penyertaan sebanyak 3 pasukan. Pertandingan Saringan akan bermula pada 13 & 14 Mac ini di blok A dan E. Pertandingan Debat Piala Naib Canselor ini adalah anjuran MPP UDM bersama dengan Kelab Orator UDM. Tahun lepas(2008) ,di pentas akhir telah menemukan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) sebagai kerajaan dan Fakulti Kontemporari Islam (FKI) sebagai pembangkang. Keputusan telah menyebelahi pihak pembangkang dimana usul “MISI NASIONAL TERAS MALAYSIA TERBILANG” telah DITOLAK dan Saudara Amar Arafat dari FUHA telah dinobatkan sebagai Pendebat TERBAIK . Adakah FKI akan mengulangi sejarah kemenangan mereka sekali lagi pada tahun ini?  Atau adakah FUHA akan bangun menebus kekalahan lepas? Mungkinkah FPPP @ FBK @ FBP @ FSIT yang akan mara ke pentas akhir? Segala persoalan akan terjawab nanti  pada 14 Mac 2009 (Sabtu) Pertandingan Akhir Piala NC Ke-2 bertempat di Perkarangan Cafe Baru dengan usul yang penuh kontroversi iaitu : “ KEMELUT POLITIK PERAK : ROBOHNYA KETUANAN MELAYU” Sama-samalah kita saksikan nanti.

~WASSALAM~

DEBAT : NADA KEYAKINAN NADI KEPIMPINAN

 

March 6, 2009 Posted by | ExcO 3P | Leave a comment